Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, June 11, 2010

Diari Seorang Isteri..

Aduh...sakitnyer. ..isk.... . aduuh....Bang sakit nye tak tahan saya" keluh Nisa pada suaminya Zakri.

"Apelah awak nie....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu" rungut Zakri pd Nisa.

Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu. Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi. Doktor Johari menyuruh Nisa meneran ...."Come on Nisa u can do it...once more...." Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar..."Good mummy" kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu.

Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin, boy and girl, putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa. "Tahniah Zakri,it's a twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak. Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania.

Nisa berasa lega... tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi. Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati . Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan di nursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa. Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa. Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa.

Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa mengandung.Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung.. .Nisa dah 2 bulan...Nisa cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.

Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila mengandung tapi sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisa dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa. "Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?"soal Nisa pada Zakri . "Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik plak" Zakri menempelak Nisa "Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu" sergah Zakri lagi. "Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg bukan-bukan, Nisakan isteri Abang yang sah tak kanNisa nak buat jahat ngan orang lain pulak Bang"? terang Nisa pada Zakri. "ALLAH dah bagi kita rezeki awal,tak baik cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH" Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja. Deraian airmata Nisa semakin laju. Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada .Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah. "Woi, benda-benda tu bole terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri, bapak ngan anak, hah emak ngan menantu pun bole jadi tau apatah lagi macam kau nie, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu opis ngan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu" marah Zakri. "Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh.... heee teruk. Nasib aku la dapat bini cam engkau ni"kutuk Zakri lagi pada Nisa. "Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama. "Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri" kata Nisa pada Zakri. "Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya kedunia,"ucap Nisa sambil menangis.

Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif.Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30 malam - 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi. Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga. Tetapi kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa. Kalau diminta jemput...macam- macam kata kesat dilemparkan pada Nisa, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah. Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa.

Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi pula...bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakun yang mereka tidak bergaduh...Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah melanda perkahwinannya. Kasihan Nisa...dalam keadaan yang begitu Nisa masih mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya. Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke dinding...Nisa hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu pergi ke sana untuk menolong. Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya , "Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut. Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita kahwin mereka bekerja keras kan "kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang berehat menonton. "Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap,takut plak hujan nanti"desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis memandang Nisa "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ker,suka hati aku lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi langsung ker"marah Zakri. "Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi, Nisa cuma nak ingatkan Abang aja"Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa kedinding.

Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian...terasa kebas kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya. "YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH" doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding dan menangis.Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas masih lagi dan embengkak.. .berdenyut2. .."Bang, Nisa minta maaf jika Nisa membuat Abang marah" Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak.

Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Sapa plak nie sebok je....."Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah sebuah caf?. "Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok ke, apa punya laki ko nie? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri. "Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha,ha,ha"gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri. "Senangnya hidup Zakri nie tak ader risau langsung pasal bini dia"cetus hati Azlan. "Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia tau...mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka dihujung tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau, cuba fikir sikit" Azlan mengingatkan Zakri. "Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa aku nak risau lagi" jawab Zakri selamba. "Suka hati kau lah, tapi kalau ader apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri, sesal tak sudah nanti" kata Azlan lagi. Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Hello Zakri speaking" jawab Zakri. "Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade masalahlah Zakri, pasal Nisa, datang segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri........ ."panggilan kecemasan dari Doktor Johari "Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I atang"...tuttttttt . Zakri menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari. "Lan. Kau kut aku, Nisa tak sedar diri ..."ajak Zakri pada Lan. "Hah, tadi kau kata bini kau sihat"tanya Lan pada Zakri. "Alah jom ler cepat" desak Zakri.

"Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum nie pernah tak Nisa jatuh atau...terhantuk kuat cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa kedinding sekuatnya... dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit kepala yang teruk ...tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan Nisa....baginya Nisa mengada-ngada ..saja buat sakit untuk minta simpati...tetapi sebaliknya.. ...Zakri hanya diam...."YA ALLAH apa aku dah buat" rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil... "Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan tenang.Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I'm really sorry Zakri. ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya" kata Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru.

Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan,kesakitan segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di iarinya. Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa..."YA ALLAH kenapa aku buat Nisa begini" terdetik hati Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering....membuat Zakri tertarik untuk membacanya.. . Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang... "SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA"

Assalamualaikum.

Abang,

Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Nisa sewaktu mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang...Bunga inilah lambang bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar menyayangi Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa. Abang tak pernah tahu kan ... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Nisa.. Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG seperti kita baru kahwin...Abang panggil Nisa AYANG...terasa diri dimanja bila Abang panggil Nisa cam tu...walaupun Nisa dapat merasa panggilan AYANG itu seketika sahaja. Abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa? Bencikah Abang pada Nisa? Abang...mukasurat nie khas utk Abang. Bacalah semoga Abang tahu sayangnya Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari nie hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan Nisa hadiahkan Abang....... Danial dan Dania. Untuk Nisa tak perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA.

Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging Abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka. Sayangilah mereka...Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan dengan sesiapa melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa hanya untuk Abang seorang. Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa in cuma menumpang kasih disebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah Nisa bertemu dengan Abang dan berkahwin. Nisa harap Abang tidak akan mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang malangkerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah daging nisa....tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama disamping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa. Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging abang...Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa selama setahun kita bersama. Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak Nisa supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat nama emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita bang..Dania mengikut raut muka Abang...sejuk kata orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah Nisa...Ibunya. ..sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah peninggalan Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati walaupun Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita.

Wassalam.
Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua.
Doakan Nisa.

Ikhlas dari Nur Nisa

Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Danial dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. YA ALLAH,Nisa maafkan Abg Nisa. Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan Zakri mengambilnya.

Belakang gambar itu tertulis "HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT NISA DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KEAKHIR HAYAT NISA.

Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak otaknya...setiap perbuatannya. ..seperti wayang jelas terpampang.. . kenapalah sampai begini jadinya...kejamnya aku...Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa. Sewakt jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat memilukan. Zakri tidak terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas pemergian Nisa. Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa di dalam pangkuan neneknya.Saat akhir untuk melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri. "Nisa Abang minta ampun dan maaf" bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-nimpa dirinya. Apabila Zakri meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zakri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Nisa. Meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri. Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada neneknya.

Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih ketika itu.. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya Jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa yang merah tanahnya...meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan ...YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH. Hanya KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada Nisa....ampunkan aku YA ALLAH....akhirnya Zakri terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh Zakri,Nisa datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus. Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Nisa Putih bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa. Zakri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis. "YA ALLAH ,Zakri,Zakri bangun Zakri...dan hampir senja ni, mari kita balik, kenapa kau tidur kat sini Zakri?" tegur abang long , abang ipar Zakri. Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara automatik kembarnya diam dari menangis. "Danial, Dania anak ayah, ayah akan menjagamu nak...kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah... emak, abang dan kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara Nisa....

p/s:  utk lelaki di luar sana...renung2kanlah..

Thursday, May 20, 2010

happy moment!

hehehe...moment yg sgt happy dgn kwn2 n family..

nnt update eh...nak farmville jap....
ape pun mmg tgh happy dlm baju baru...hahahahaa

Tuesday, May 18, 2010

mahu membolog...tapi mengantukkkk... :((

saat ini...rase mahu menulis...mahu memblogkan diri...tp otak sgt beku...huk3..

tatkala exam n presentation pg td...n malam td yg hanya tido setengah jam je...otak mula ting tong....

adehh..help meee....byk nak lepas kt sini...xlarat nak tanggung..hua3....

p/s: saat ini sgt bahagia kerana sahabat2 unni di sisi memberi sokongan utk buka buku baru...wahaha....

Monday, May 17, 2010

happy birthday!!! selamat hari lahir yg ke 24!!

Selamat Hari Lahir yg k 24 buat diri sendiri!! hahaha...pelik kan wish ni...yelaa slalu org yg wish..but here...buat wish sendiri...hehehe...

kul 2.41pm ni genap laa usia 24 tahun alia wujud di muka bumi Allah ni...hurmm3...dis year ramai yg wish...tp plg x sangka dpt p PD cam slalu..tp berlainan sikit cuz kwn2 ikut skali..nyata caranya berubah..nnt laa cerita....but thousand thanks buat insan2 penting ini kerana meluangkan masa even x sume menyukai kawasan pantai..nak pulak PD yg xde pape tu..but itu jelaa pantai yg terdekat yg slalu alia kunjungi seorg diri...hhuhuu..

n terkejut gak bile dpt call dr seorang yg dianggap ayah..call me mase dlm keta on da way from PD to Putrajaya...beliau adalah..pakcik Mohd Sabri Nong Zali yg xpenah lupa kt alia walau dah xde pape relation dah dgn anak beliau....hurm...terima kasih pakcik, abah, a good frenz yg pernah dgr luahan hati alia satu tika dulu...beliau tak pernah lupa alia walau dah tersurat tiada jodoh antara alia n arwah k...hurmm....dia lg ingat tarikh2 penting dlm idup alia dr ayah alia sendiri...tp xpe...alia x kisah pn...

n one more thing yg rase sebak arini...arini pun sepatutnya sorg insan yg lahir lewat 4 minit dr alia patutnya sambut birthday same2...huhu...arwah Wan Muhammad Syazwan..yg telah 12 tahun pergi meninggalkan family. kenalan serta alia...jika beliau masih hidup mungkin alia bukan jadi diri alia sekarang...hurm...

still waiting wish from someone...tp xpe...dia ingat tapi mungkin masih tido...haha...

apepun thanks buat, Nuur Sakinah Azman, Mohd Norhafifi Zolkiaply, Abdullah Mustaffa, Sarah Yasin, Muhammad Yusof Tarudin n tak lupa gak buat u, Hairulazmi Khalil (mr. Ir) yg sudi spend time smlm seharian bersama alia...thanks korg..mungkin ini yg terakhir kali dpt bersama korg....

neway...harapan di umur yg baru ni...harap dpt abes blaja bulan depan..start new life...kne pk lg byk sbb tgungjwp dah lain...

Tuesday, April 27, 2010

mood: 27 april 2010

mood sy bercampur baur dek kerana system uia yg sgt #@#@#@#....

ya Allah permudahkanlah segalanya buat sahabat2ku...aminnnnnn

Friday, April 23, 2010

hati yang kau sakiti

jangan pernah katakan bahwa
cintamu hanya untukku
karna kini kau telah membaginya

  maafkan bila memang kini
harus kutinggalkan dirimu
karna hatiku selalu kau lukai
tak ada lagi yang bisa ku lakukan tanpamu
ku hanya bisa mengatakan apa yang ku rasa

ku menangis membayangkan
betapa kejamnya dirimu atas diriku
kau duakan cinta ini
kau pergi bersamanya
ku menangis melepaskan
kepergian dirimu dari sisi hidupku
harus slalu kau tahu
aku lah hati yang telah kau sakiti

ku menangis
harus slalu kau tahu
aku lah hati yang telah kau sakiti

Thursday, April 22, 2010

I'm graduated from psychology!!not anymore "will be graduating"..

Alhamdulillah...dats da first word yg terlafaz mase tgk result final exam semalam............huuuu..amat2 resah n takot seharian semalam memikirkan ttg result......mane x nye...if kantoi satu subject psychology bermaknanya...extend laa pengajian kt uia ni...tamau alia...seksa kot duk ngadap psyc lg....sigh...klo dah extend maknanya convo pun extend...bile convo extend jwpnye nak apply kpli or dpli pun tertangguh gak..huhu.....

so smlm mase nak cek result...mmg menduga kesabaran...dr AIKOL ke CAC..susahnye laa nak access page iiu.edu.my,,,huuuuuuuuuuu...padahal guna wireless uia gakk.....then pas mgrib...dgn dah xtanggung resah ajak laa nuur, fifi, lah n azreen tuk p cek result kt mane2 CC berdekatan...mula2 kami p CC asiah...hampeh..tutup......then guna kt asiah cek pkai lappy lah...mane tau line wireless okay......

ten ten ten....lah lulus sume subject..walau ade ketidakpuasan..tp Lah dah berjaya abeskan sume subject..tahniah lah!!!...ko grad dah...esok gud luck for da interview...

alia pulak???hurmm..result semua lepas...tp ada yg mengecewakan dan seperti dah dijangka...subject UGS mencatatkan result yg hampeh..tp xpelaa..dr kne repeat...n stuck kan sume plan hidup...baik lepaskan je...

skrg ni tgal dua paper lg..EAP n Science of Hadith....setel dua subject ni..maka alia pun akan mengikut jejak langkah kwn2 yg grad sem ni...huhu...harap semua nya berjalan lancar...moga short sem terakhir ini memberi sejuta kebahagiaan buat kami ( fifi, nuur, ) dan berjaya cemerlang hendaknya....aminnn....

p.s.........da past is past...

Tuesday, April 6, 2010

sgt lega, bersyukur, n happy...

huhu...alia lega kerana...semuanya berjalan lancar semalam...amat bersyukur..dr impian jadi kenyataan...amat happy sbbs semuanya menjadi..........alhamdulillah...syukur sgt...even penat yg ada..berbaloi...sgt teruja melihat coretan malam itu....

IIUM  PSYCHOLOGY APPRECIATION NITE 2010....

   huhu...dr sebuah angan2..dr sebuah mimpi...akhirnya telah di realisasikan oleh insan2 penting ini..

sgt2 manis bila dikenang..penat yg berbaloi2...huuuuuuuu

xsabar nak tgk pic2 dr kwn2...nnt nak citer da whole event..so dat memori itu kekal di sini..

mana tahu..mati esok lusa...ini saja tatapan hidupku buat kalian....

Thursday, April 1, 2010

exam...event...n pengipas.....

hurm...kelmarin br abes paper usul fiqh...sronok jawap paper tu..dgn ujan lebat diluar...masuk hall exam pun on time..tp sume org da start jwp...masuk2...cam biasa....alia first skali mula pkai stokin utk elak xtahan sejuk...then baca doa...minta di terangkan hati n otak...isi attandance slip...then buka exam question...hurm...SubhanAllah!! soalan sebijik dgn ape yg alia study...dr part A sampai C...mcm x pcaya je...last nite duk buat past year paper...arini dpt soklan yg sama...heeee.....cuma part D..part long essay je soklan baru...tp ok laaa..pilih 2 dr 3...soklan ttg application...heee...satu tu ttg qiyas...then ttg mahkum alaih ( ahliyyah alwujub n ahliyyah al-'ada) then ttg mujtahid n ijma'....heee....sronok gak dpt soklan yg bole jwp..laju je tulis...lalalalala....tp tgh2 smgt jwp soklan....badan dah x kuat...im losing control of my body...so ape lg....dgn seratus langkah..cabut p toilet cpt2...serius dada dah mula sakit...hall sejuk sgt...even da pakai dua baju...hurmmm...makan ubat dlm toilet...mmglaa x baik..tp nk wat cmne..situ je ade air...haha...bile rs dah ok sikit...masuk balik hall...nasib part essay dah abes jawap...then terus jawap smpai abes...pas da yakin sume jwpn...alia kuar laa hall sbb x tahan sejuk....tgu sarah kt luar ja...mak aii ujan lg rupenye kat luar...

kuar2 dewan..otak ni terus pk ttg event dinner...mcm2 problem...dr x cukup org smpai laa event nye details...pening2....nk ajak sape lg ni...dah laa ngan perangai PM yg sgt2 menjengkelkan hati...ades...
gatal sgt p book 90 person...pastu suka mengipas lectrer...smpaikan sume bende nak p citer kat lectrer...handle diam2 sudahlaaa...adeh....give up sbnrnya....tp ntahlaa...kwn2 bising klo xp..depa tanak join..hurm...dah laa pasni dua paper...sempat ke...

mlm td meeting..panjang n lama....adeh..smpai kelaparan buat....so skrg sume dah mula wat kje..cume part x cukup org ni kne focus lebih...skrg 20 org lg diperlukan...adeh..mana nak cari..xkan nk ikut idea mengarut PM....dlm dua hari ni nk cari....ya Allah permudahkan laaa....

dlm fesbuk alia ade post status ni...

"saya benci pengipas!!!kalo nak mengipas...kipas laa sorg2...jgn sampai susahkan org lain...n to all pengipas x kire laa pengipas menteri ke..pengipas artis ke...pengipas lecturer ke...ape2 laa yg korg suka kipas...bole x berdiri atas kaki sendiri??Allah dah bg kaki cukup cantik n sifatnya...perlu ke nak kipas2 org lain supaya dpt berdiri????????renung2kan dan selamat kembali ke pangkal jalan......"

hurm...i did not put any name..but ade org terasa pulak...adeh....lantak laa..suka hati laa nk tulis apa...my profile.....yg dia nak terasa bagai apa hal... siap mention islamic view laa...Rasulullah sume...huh.... tau laa die byk ilmu dr diri yg lemah ni..yg die baca sape suruh..xsuruh pun comment...klo x suka its up to u...i dont mind..hak org masing2...

skrg ni x sabar nak abeskan paper...nak start my final short sem..n nak abeskan study...otak semak tgk prgai2 org yg xbest ni...nak pergi jauh dr semua ni.....

three more papers, two days...n one result...ya Allah...permudahkan laaa...

Thursday, March 25, 2010

di hujung perjuangan...

pejam celik pejam celik...dah hujung sem...huhu..mcm xpercaya...sem yg alia rasa amat panjang and payah..makin mudah jadinya..hehe..bukan laa nak kata final exam tu mudah...tp dah amat2 lega...lega sebab x payah menghadap keje2 research2 yg sgt byk...huhu...

perjalanan sem ni x sama macam sem2 lepas...setiap sem ada cerita yg akan alia ingt pahit manis nya...tp sem ni??huhu..penuh cabaran dan kepahitan yg terpaksa di tempuh......dari kisah family yg semakin serabut..kawan2 yg dah berubah...lectrer yg ntah ape2 ntah...study yg makin susah...dan jugak kemunculan insan yg sgt2 dirindui..
sem ni jugak tahap kesihatan tidak berubah...pernah smpai x mampu memandu...nasib baik ada sorg teman yg x jemu2 mem bantu..terima kasih mr. ir... last month 1st time jumpe doctor "kerajaan" sbb sakit ni...doc plak suspected hal lain...die guna prinsip generalization...huh..agak kurang ajar laa jugak kan suka2 tuduh org camtu.. xpelaa...mgkn sbb doctor tu sbnrnye layak jadi doctor sbb kepandaian IQ die..tp tidak EQ...kesian...patutlaa ramai org xsuka p hospital kerajaan..mgkn sbb dedikasi and sikap doctor2 or nurse2 n jugak servis yg ntah ape2..mmgla jauh lebih murah..n seakan2 free..tp bkn ke sbnrnye...our parents n great2 grandparents byr tax evry year...instead kite jugak akan kne byr tax kt gov..so bukanlaa free sbnrnye kan... so treat laa patient as human...not as tikus putih yg korg bedah mase korg buat fondation dulu wahai doctor2...

ape laa pulak duk ngomel sal doctor2 ni...sbnrnye nak citer sal study yg hampir ke penghujung ni...mcm2 rase ade...plg byk blur n takot..takot nak hadapi dunia sbnr kt luar sana...mmg laa penah keje mcm2 b4 dis..tp ni rasenye lain...sbb dlu keje pun sbb pk nak setel fees or nak survive je...skrg ni..nak kne pk future...kne pk lg  5 or 10 years later alia ade kat mana...kne pk nak smbung study or nak keje...nak cari fund tuk my big dream or just follow arus je...

hurm...ni baru lepas satu paper...personnel psyc...huh!! bile pk balik...amatlah susah...sbbnye..yg di bajet kuar x kuar...exam totally difrent from past year...mmg satu class blur ngan soklan no 1..sarah sampai berkali2 tanya mdm...but stil x paham...alia??heheh...xtau nape tenang je walau x tau nak jawap ape...mmg betul2 mengarut pun exam kali ni... xpe laa dah lepas...ni nak hadap lg 4 paper lg...arap semuanya dpt setenang aritu..srius...mood study x dtg lg...yelaa dgn selsema n alergic ni..sape tahan...tp xpe..badan dah mula rase semangat nak study...so chayok!! parents, makcik pakcik sume byk tnya kbar akhir2 ni...mgkn sbb dorg dah tsedar...yg alia ni makin tua utk study..hahaha....tp xbestlaa sbb disuruhnye smbung study lg...huk3...adoi...

8hb ni penamat laa status alia sbg student psyc...lalala...itupun klo xde yg kantoi...amin... short sem ni hanya nak ngadap dua baki paper yg bukan psyc...huhu..still xdpt add..sedey2...xsabarnya nak abes study...tp takotnya nak mghadapi hidup selepas ini...ya Allah..minta dipermudahkan segalanya...amin...

so since dah byk masa ni...harap2 amat2 laa rajin nak post bende kt sini...byk sbnrnye nak post..tp mnaip tu aduhai...jari sgt2 malas...hehehe

Gudluck for final exam!!
buat rakan2..sahabat..teman2..budak2 uia especially budak psychology final year...sab, sarah,adi, lah, fifi, nuur..miza a.k.a midah, rahmah, ila, june..faizi,arnas,anne, zelda, dieya...n ramai laa lg muka2 bakal grad...haha...xlupa gak buat junior2 yg best ..yen, ilham, sab,shida...
may all of success with flying colors!!!

-aliaiman-

Tuesday, February 2, 2010

luka...

luka semalam takkan hilang
walau pudar ditatang masa
luka semalam takkan mati
jika duka merintih di hati
luka semalam takkan mencuba pergi
walau tangis sedalam perigi...

luka akan tetap kekal luka
hingga satu masa diri
temui noktah bahagia...

percaya...luka akan pergi....hilang ditemani masa....
akan hadir bahagia dihujung luka...
insyaAllah...

alia iman
28 Jan 2010
iium...

Friday, January 29, 2010

Nuhreul Saranghae...

Achimi onun soriye munduk chameso ggaeyo
Nae pumane chamdun noyege
Woohh wooh woohh
Norul saranghae

Nae-ga him-gyo-ul ttae-mada nonun hangsang nae-gyote
Ttasuhage o-kkael kamssamyo
Woohh wooh woohh
Norul saranghae

Yongwonhi uriyege sodulpun ibyorun opso
Ttae-ronun sulpume nunmuldo hulli-ji-man

Onjena nowa hamkke sae-ha-yan kkumul kkumyonso
Hanuri urirul kalla nuhulttae kkaji

-wait for da moment to come....pray for me...-

Friday, January 15, 2010

semuanya telah tertulis

Terima kasih ya Allah!!
kerana memakbulkan doaku yg satu ini...
walau lewat utk sgalanya..alia ttp syukur...
2010....sebuah lembaran baru perlu alia buka...
tinggalkan segala coretan yg lalu...
tiupkan bersama angin yg pergi...

kisah  2009??
terlalu byk pahit dari manisnya...
tp itu harga yg perlu alia byr utk mengenal kehidupan...

kehilangan demi kehilangan
buat alia sedar..tak ada yg kekal di sini...
semalam takkan datang hari ini...
dan esok membawa pergi hari ini...

masa tersungkur di jurang dalam...
pernah sorg kwn berkata,.."Allah takkan uji kau klo kau tak kuat"
"Apa yg kau lalu skrg utk masa dpn kau jugak...takkan ada yg senang tanpa kesusahan"
"Allah tahu ape yg terbaik buat kau..."
"Allah lebih menyayangi dia...redhakan laa pemergiannya..."

dan mcm2 lg...

kuatkah alia?
jwpn alia utk kalian...
alia tidak kuat...lemah dan tak mampu nak menempuh lg..
alia cuma berdiri atas retakan2 hati yg lama ini..
terus memijak dan menahan segala yg dtg...

kecewakah alia?
kecewa itu tetap ada walau sering menyedapkan hati sendiri...defense mechanism...
smpai satu tahap alia dah lali...smpai x ada rasa ape2...(tuhan jgn kau tarik nikmat Mu-sekeping hati dan imanku ini-)

da past is past..
yerp...
itu sebaiknya...
pandang ke hadapan..
senyumlah walau dlm kepayahan.....

chayok alia!!!

-at this moment..gembira dgn kebahagiaan  seseorang....terima kasih ya Allah..kerana memakbulkan doa ku ni!!!-

Saturday, January 9, 2010

mengarut 1

bz
bz
bz...

hua3....

bile laa ade masa tuk bfoyer2 lg....

rindu...

skrg alia tgh bz ngn "sumthing"....but cmpur2 ngn curi masa tuk buat hobi...hua3...(bile laa akan sekreatif dlu,.....sigh.... :(

rindu nak buat mcm2...

rindu nak main boling..(tp lately asyik penat ngn class)
rindu nak main squash...(xde geng nak main)
rindu nak layan muvie...(sumenye bz ngn hal masing2)
rindu nak main volley....(game dah abes)
rindu nak p pantai...lyn matahari...(huhu...hujan2)
rindu nak makan ice cream BK...( nyum3)
rindu nak wat activity2 yg slalu buang masa....(dah masa skrg pun da x cukup..)

pendek kata....rindu nak buat semuanya!!!!!!!!!!!!!!

p/s: rindu pada syuhadah, zairi (k) dan nek yam....bila laa bole ketemu kalian semula....hmmmmmmmmm...

Wednesday, December 2, 2009

kEtika cINta bErtaSbih...berSedia utk sEgaLa kEmungKinan

Bertuturlah cinta mengucap satu nama
Seindah goresan sabda-Mu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih mengutus hati ini
Ku sandarkan hidup dan matiku pada-Mu

Bisikkan doaku dalam butiran tasbih
Ku panjatkan pintaku pada Maha Cinta
Sudah diubun-ubun cinta mengusik rasa
Tak bisa ku paksa walau hatiku menjerit

Ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur pada-Mu atas segala cinta
Cinta

Ketika cinta bertasbih

salam kasih syg buat semua..
 first of all..sori cuz byk post lirik kat sini..sbb dr lirik2 ni sbnrnye terselit kisah2 kehidupan...yela..mana tak nya...penulis lirik sure laa dpt idea @ ilham dr kehidupan dia..xpun dr org sekeliling dia...xkan laa bole jatuh dr langit ye x?
  
alia post kan lirik2 ni gak sbb byk relate dgn ape2 yg blaku dlm hidup alia...n ade maksud tersirat disebalik bait2 lirik tuh... hmmm..lagu ni sure korg kenal kan...
ketika cinta bertasbih title nye... by Melly Goeslow and Amee....
lagu ni bagus...bersifat ketuhanan..even it is not nasyeed..but mesej die sgt menyentuh hati..xtahu laa bg org lain..but for me...lagu ni sama cam lagu sblm ni..bila diri disayangi..by ukays...mmg laa tgk tajuk lagu mcm lagu jiwang...tp cuba korg dgr btul2... xde jiwang melayang mcm newboyz..hehe..btul kan?kan?
  
mase final exam aritu..mase da setle paper psychometric applications..paper last..alia duk membuang masa dgn melayan youtube ngn sarah...segala bende2 merepek n lawak kitorg layan...yela...mood nak mgemas xde lagi..so malas laa nak pack brg..so kitorg pun meng"spa" kan diri kitorg...bukan dgn mandi steam or hot water(uia kedekut ni dlm mimpi pun belum tentu ade heater kt bathroom hahaha)...but kitorg spa kan diri kitorg atas katil kat bilik alia dsmping melayan youtube...mcm2 laa...anas tahir n akbar azmi ade...budak gigi n kwn baik nye ade...lawak tambi tv3 ade...mase ni gak..rumet alia..nadiah duk melayan citer ketika cinta bertasbih kat youtube..(even die tak abes2 paper lg..xtahan tgk kitorg "spa"..maka dia pun join laa)...so ape lg...masa ni gak arr..cari lagu nih...actually xabes pun tgk citer ni..yela...wireless kt uia..paham2 jelaa...
mcm *&%;()*$@#....but buku nye alia dah ade dlm koleksi novel da..dah 3 kali khatam..so da bley agak jalan cerita nya...
ditulis oleh Habiburrahman El Shirazy..buku ni ade dua episode..dua2 best...citer ni da tyg kat indon lama dah..tp kat mesia rasenye cm  xkuar je..(yela da skrg mesia n indon duk gadoh mcm2 hal)..but who knows rite..one day karya ni akan ditayang kat sini gak kan..citer ni lg bagus dr ayat2 cinta..sbbnye ayat2 cinta muvie die byk xikut buku..mcm2 die ubah..so jadi x menarik..(ala sama laa mcm harry porter..ramai duk kata buku dia lg best..tp alia xbaca pun harry porter..tgk muvie je..best ape ..hahah)..but citer ketika cinta bertasbih ni mmg best sbb die x ubah ape2 jalan citernye...xde..just nice ikut buku...nnt satu hari nak gak ar cari dvd citer ni..klo laa ade jual ek..

amacam..dah puas dgr lagu ni?
hehe..dgr n paham k...sape yg hatinya x batu..insyaAllah will get sumthing from dis song..
but "rambut manusia sama hitam (kalo x dye laa..) hati manusia lain2..siapa tahu bukan?" 

ckp ttg hati ni..
alia nak share a story ttg hati..ni bkan ttg hati ayam or hati lembu ek...ni ttg hati manusia..manusia yg Allah jadikan dgn akal dan Al-Quran n Sunnah sbg panduan..
terdetik kat hati alia...nape laa masih ade manusia cmni...perut ada..tp hati takda..smpai tergamak biarkan darah daging sendiri tlantar sakit..
kisah ni alia nak jadikan peringatan buat diri alia dan sape2 yg sudah or bakal bergelar ibu satu hari nnt..bukan utk aibkan sesiapa..(pedulik ape..die pun sgup buat pkara aib..xpk lak org lain..cesssss)..utk pengetahuan korg..saat alia tulis citer ni..yg mengambil masa few days tuk dihabiskan..ada sorg insan kecil..teramat kecil sdg terlantar dihospital..yg sedang bergelut dgn kesakitan..bertarung dan bertahan utk terus hidup di muka bumi Allah ini..dek kerana kecuaian dan ketidakacuhan insan yg bergelar ibu kandung.. 
beliau baru berusia 2 bulan lebih..alia pgil dia syuhada..sorg insan kecil yg buat alia sentiasa pk ttg masa depan..alhamdulillah..beliau lahir dgn cukup sifat walau kehadiran nya ke dunia ini tidak diharapkan oleh kedua ibubapanya..tp kuasa Allah yg menentukan segalanya..even si ibu pernah cuba berbagai cara utk menggugurkannya...atau dlm erti kata lain..MEMBUNUHNYA..
kejap eh..nak luahkan kebengangan yg tersimpan spjg tahun ni..
(ADE KE PATUT NAK BUNUH BUDAK TU..YG SALAH PERBUATAN MAK AYAH DIA..BUKAN SALAH DIA..SUKA2 JE NAK BUANG ATAS SBB MALU DAN TAKNAK TGUNG BEBAN?KEPALA HOTAK KO BEBAN...KO YG CARI PASAL..PANDAI BUAT..TAK PK PNJG MASE SERONOK..NOW SNG2 JE NAK BUANG..INGT SUME YG KO BUAT KAT DUNIA NI LEPAS CMTU JE? CUKUPLA DGN SATU DOSA..JGNLA NAK TMBH DOSA LAGI..AKU SYG BUDAK TU KO TAU X..) 

ok smbung balik..
even si ibu guna mcm2 cara..dia selamat dilahirkan..si ibu merupakan kenalan alia masa kecik dlu...mak ayah dia x suka alia..sbbnye alia budak KL..(so what?? ingt org KL suma jahat2 ke...weh nak buat jahat x ikut negeri weh...ikut iman dan hati beb!!!) si ibu ni dtg jumpe alia masa bulan 6 lepas..menceritakn segala yg berlaku..alia mulanya terkejut..tp try 2 b rational..da past is past..now yg pntg kne pk ape yg spatutnye tk future...mistake will remain as a mistake..but most importantly we do not create another mistake...
pergh..prob ni yg sgt mberatkan kepala alia dis sem..mane x nye...once she asked me for help..alia trus pk kne tolong dia..memandangkn dia takde sape2 yg bole tlg..nak hrp mak ayah dia...ntahlaa...kdg2 klo malu, adat dan maruah itu dilebihkan dari darah daging sendiri..manusia lupa ttg fitrah manusia...hmmm...
since then, alia decided to help her in this matter...at first alia p jmpe mamat yg supposed btgungjwp..dgn harapan die akan rs bsalah n tlg kwn alia..but silap besar...hmm...mula2 try laa slow talk ngn mamat ni..tp mmg dasar melayu tak ingat agama...x reti hormat org...buat pompuan sesuka hati mak dia je...xsdr agaknye yg melahirkan die ke dunia ni pun sorg perempuan gak...die bley ckp...bukan die yg ptut tgung..damn!! time ni gak laa..alia da bengang tahap dewa..blah laa..ape lg nak tu dr mamat setan ni...ingt bole setel prob..but alia lak yg ditumbuknye...nasiblaa mase PLKN dh biase kne blasah..so xla sakit sgt penumbuk mamat dayus ni... 
then..buntu gak bile hal ni xleh setel sbb mamat dayus ni tanak tgung...nak bgtau parents dia..hmm..lg satu hal..so dgn ms yg suntuk...alia doa minta kekuatan tuk setelkan hal ni smampu mgkin..jalan yg alia nampak ms tu..alia hnya cuma leh tlg dia dgn kederat yg ada..
dari buat surat tguh study dia..sewa umah, makan minum,brg baby(bli yg perlu je..tp tu pun blaja dr kwn2 yg da ade anak)n cari hospital utk die beranak nnt...setel sume ni ingtkan da abes da...rupenye tak...susah gak ea nk jadi ibu..aiseh...sbb kesian kan si kecil ni..n mgenangkan si ibu ni mcm acuh tak acuh je...alia tpaksa ulang alik dr uia ke cheras bila ada ms tluang...takut di apa2 kan nya si kecil ni...mmg spt yg dijangka...dia hilang kewarasan akal dan buat mcm2 agar si kecil tak dpt hidup lama...dari xmnyusukan smpailaa..biar baby dmm panas...dia buat dek je...tp kuasa Allah..apapun yg dibuat si ibu..si kecil ttp trus bnafas...pernah skali tu alia tkejut bila si kecil menangis lama sbb si ibu x bg susu..
ermmmmmm....
 dan tbaru...masa ujung nov...si ibu tgalkan si kecil ni dlm kdaan yg amat sedih...ade ke patut diberinya susu yg si kecil ni xleh minum...mgkn silap alia jugak tlepas pndg sbb mase exam final tu..alia just bg duit je kt mak dia tuk bli susu...
  
dan skrg..si kecil ini..masih lg di hospital..krn masalah hati nya..dan doc minta berserah pd takdirNya...sudah seminggu alia tak jenguk dia..ibu nya ntah kemana...tak mampu nak mencari lg..biarla..
 bkn mahu putus asa..tp tak mampu nak ubah hati manusia yg sudah hilang kasih sygnya...yg sudah mati hatinya utk mencari jalan pulang...

minggu ini..si kecil dibenarkan pulang..aduh...ke mana si kecil ni nk pergi..alia masih lg memikirkan tmpt tbaik utk dia..nak buang???sori.........tak tergamak even alia bukan laa ibu kandungnya...kena setelkan gak minggu ni..walau pyh skali pun...next week da stat class... sure x sempat nak uruskn si kecil..Ya Allah..permudahkan laa urusan hambaMu ini demi si kecil yg tak berdosa ini...

cinta adalah kekuatan
yang mampu mengubah duri jadi mawar
mengubah cuka jadi anggur
mengubah sedih jadi riang
mengubah amarah jadi ramah
mengubah musibah jadi muhibbah
itulah cinta...

sorilaa citer ni xbest..just nak tulis skdar yg tmampu..moga dpt jadi pedoman buat diri..dan juga wanita di luar sana...cari dan semailah cinta keranaNya..itulah sebaik2nya...