Pada suatu hari di sekolah, seorang murid bertanya pada gurunya. Ketika guru itu tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang.
Pelajar:Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yg terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Mcam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu: Ok. Kamu ikut apa yang saya suruh. Kamu pergi ke padang. Kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu. Pilih yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang walau skali. Dah petik rumput yg paling cantik, bawa ke kelas”
Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun ditangannya. Cikgu bertanya, kenapa tiada rumput yg dipilih?
Pelajar: Tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang paling cantik. Mmg ada banyak yang cantik tp cikgu kata petik yg paling cantik, maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yg paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang dibelakang saya tadi rumput yang paling cantik, tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu:Ya itulah jawapannya. Maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari yang lebih baik dari itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Semoga yang berlalu tidak berulang lagi. Dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik. Walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.
p/s: keep remind my self for not taking everything for granted again. Learnt from the past n move on.
1 comment:
baca entry ni, tiba2 rasa macam ade kne mgne dgn life n
macam betul je kan?
huhu
ye betul, we must learnt from the past.
ape yang dah jadi lepas2 tu, adalah "hint" utk kite perbetulkan masa yang salah =)
Post a Comment