Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, March 22, 2011

Cerita Tag dan Azam baru :)

 euuuuu........sejukkkkk
sejuk tul pagi ni...hehe..tidurku menjadi panjang dan aman sekali..yeah..walau sakitku datang menyerang malam tadi..tp itu tidak mengganggu gugat tidur yg amat2 ku perlukan sangat...hahaha...

so mood pagi2 ni tetiba datang utk menaip kt sini..hehe tak taulaa mana dtg mood pagi ni...sekarang ni kesakitan masih terasa sgt..tp ditolak ke tepi demi kerja2 yg berlambak kt depan mata nih...

kite cerita pasal tag dlu ye...erm....ni 2nd tag yg kena jawap..haih malas pon ade..tp demi seorang yg amat alia syg...so akan alia buat jua...tp nanti2 dlu laa ya along...tunggu sakit ni redha sikit..baru x bias jawapan saya...(ceh macam nak jwp test ape je)...
tag tu diberi oleh sorg yg amat saya syg..iaitu. aLoNg.... erm die ni my eldest sis dlm angelz...hehe..dah lama kami kawan..kawan serapat2 nya...along ni dah kawin da..kawin paling awal..masa umo 19...sgt hepi go lucky and teliti orgnya...ohya selama alia menghilang n x nulih ape2 kt blog sarang ni...alia rajin membaca2 blog org2 lain...hehee antaranya along laa...rajin tulis pasal keadaan diri dia skrg n daris situ alia dpt update laa life die camne skrg...yelaa nak jumpa slalu masing2 ade tanggungjwp...nasing2 ade life...

 so to along.....nnt laa ye angah buat tag tu...sbb nya angah xleh nak jwp kt opis ni..cuz bile2 mase je director dtg n menempek di sini..n plg benci si manager bebal tu dtg ke sini...haih...namo2 angin pg2 nii.....sebab...

alia dah ade azam baru hehehee......

poyokan bunyinya...dah 3 bulan baru ade azam baru..hahaha...tak ler...azam baru ni spesel edition punye...hehe...

sebab ape ye azam ni terjadi???hahaha..sbbnya...alia dah dipanggil utk nasihat pakar supaya get ready for the worst situation...yelaa..sakit ku kembali bertamu..nak wat camne...mgkn sbb x jaga makan n lifestyle yg hectic n stress..yelaa ingatkan masa study dlu dah ckup stress...rupanya stress masa skrg ni lg teruk.
so as per his and her advise...
azam baru saya bermula hari ini...(yeah..saya sedang menahan sakit tanpa ambil ape2 dadah yg dicadangkan oleh doctor)

alia tidak akan menjalani kehidupan yg tidak sihat..bermakna alia tidak akan :
1)tidak jaga tidur..tak tidur selama few days sbb kerja or study yg menimbun...
2)lupa breakfast and makan vitamin(bukan dadah yee) yg diberi oleh encik doc yg sgt riso kesihatan alia yg semakin merudum...
3)lupa utk senaman tiap hari 20min
4)lewatkan solat...bagi displin lagi diri ni

and lastly..
5)membuat keadaan diri masuk ke bilik operation pada tahun ini dgn mengelakkan keadaan2 yg xsepatutnya terjadi...

insyaAllah...menjadilah benda ini hendaknya...ameen....
 saya nak sihat sbb saya sayang ma saya...saya syg mak saya...saya nak balas jasa dorg dlu...
dan saya nak mempunyai zuriat sendiri satu hari nnt utk doakan saya bila saya tiada nanti...

insyaAllah..azam yg baik ini akan dilakukan sebaiknya dgn izin Allah...
okehlaa... nak keje..nnt laa angah jawap tag tu ye along...hehehe

p/s:terima kasih pada yg memberi jalan kebaikan dan penyembuhan dari sakit ini...moga Allah balas jasa kalian

Tuesday, March 15, 2011

kembali ke sini...

Yeah blog ini sepi sekian lama..hehe...kerana apa ya??
kerana tiada apa yg perlu ditulis.semuanya tercatat dalam anugerah tuhan yg satu ini..OTAK..:)

kenapa ya berubah2..adeh..xde ape2..saje2..nak membuka mata yg amat mengantuk di ofis ini..

sekarang nggak rajin membolog..tp rajin membaca blog org2 sekalian..kerana apa ya??kerana nya  hendak melihat kehidupan lain dari kehidupan ku ini...

yelaa dah kehidupan sendiri amat celaru+kusut+busy+tiring n etc...jadi lebih baik membaca dari tulis karang ntah ape2..yeah hobi membaca ku kembali menguasai diri...kenapa?ntahlah..baca kan bole memberi happiness dari dlu lg..

ohya??life skrg totally different..on da process of understanding n learning of "dewasa" ...perkara paling amat ku elakkan dari time studi dlu..tp now ape nak buat..hadapkan aje..yeahhh...

lg dua bulan suku abad laa umur alia..nak buat cmne..age is a matter of number only ma...peace!!!!

ok laa nnt rajin baru hapdet blog yg bersarang orang utan ini...:)

p/s: minggu ini minggu gila dgn assignments+final submission+ n of cos opis yg pelik ajaib ini!

Monday, January 17, 2011

Kenapa Aku Masih Solo? -tazkirah bulan Januari

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang.
Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.

Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.

Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini.

Tips:Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.

Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu.

Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah.

Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan.

Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju.

Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.

Tips:Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.

Demikian juga perkahwinan.

Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kealam berumahtangga.

Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah?

Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu.

Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu.

Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat.

Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.

Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.

Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.

Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.

Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali.

Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.

Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.

Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.

Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.

Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai.

Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.

-Jadi kepada sesiapa yg masih bising,ragu2 or risau ttg ini..kenyataannya di sini..

Kenapa Aku Masih Solo? | iluvislam.com + discover the beauty of islam

semuanya ketentuan tuhan..

Wednesday, January 5, 2011

tolong beri saya masa utk diri saya bole?

itu je saya nak skrg ni...

huahauhahauhau..

bawa keta pun dah sesat2 n terlajak jalan..nak balik bukit jelutong bole sampai klang..nak pegi uia..bole lak ke ukm..haih...smlm hampir dilanggar lori simen..ape kah ini?

saya nak masa saya...saya haru biru skrg..ya Allah..bantulah hambaMu ini utk teruskan hidup dgn lebih baik dan teratur...
enuf wif stress...sape nak blanje saya ice cream cone burger king??stress reducer..hurmmm

-hati kosong..kenapa?

Wednesday, November 10, 2010

its been 1 year,1 month, 1 week & 1day since you're gone..

kejap je kan???rasa macam baru je pegang paper smpai melompat dari katil...

rasa mcam baru je ziarah dia...

malam ni tak tahu nape rindu sgt pada dia...terbayang2 kenal dia di kedai burger dia tempat alia selalu guna public phone...guna public phone tu sbb nak kol KL...kol mak n kawan2..masa tu alia skola kt ipoh..parents lak kt sini..mase tu zaman hp mahal gila...paling canggih pun nokia3310..so nak save bajet..guna public phone la...dari suka sakat n kacau2...di situ bermula perkenalan..terjalin persahabatan..smpailaa jatuh hati....

dia laa yg ajar tulis2 surat walau tiap2 hari jumpa...ajar tulis diari...dan dari dia alia kenal erti kasih sayang..setia...cemburu...cita2..pengorbanan....komitmen dan dugaan...hurmm...

sekarang???

walau camna rindu dia....walau camna ingat dia..walau hati mencuba menerima realiti...hanya doa mampu alia titipkan...lubang2 di hati makin sebak..mengingati janji yang pergi dibawa bersama ajalnya...

al-Fatihah buat dia..

Ku Tak Bisa

Benarkah itu cinta
Cinta yang ku cari
Jika benarlah ia ku bersyukur
Saat ku bersamamu
Sungguh ku hargai
Kau penawar segala buat ku
Sungguh ku tak menyangka
Ini semua terjadi
Namun ku rela pemergianmu

Ku tak bisa
Melupakan kisah cinta kau dan aku
Ku tak bisa
Menyayangi selain dirimu
Ku tak bisa
Menghadapi hari mendatang tanpamu
Ku tahu ini benar berlaku
Inilah kenyataanya

Ku tabahkan hati ini
Ku mohon padaMu
Berikan ku kekuatan mengharunginya
Ini semua terjadi takdir yang menentukan
Ku kuatkan semangat
Untuk meneruskan
Sungguh ku tak menyangka ini semua terjadi
Namun ku rela pemergianmu

Aku redha apa yang berlaku
Berikan ku petunjuk
Agar ku sejahtera

Ku tahu ini benar berlaku
Inilah kenyataannya

Tuesday, October 26, 2010

tiada tajuk

cinta datang dari tuhan

dan

kepada tuhan cinta itu pergi

p/s:sgt bz....sdg menyesuaikan diri dgn hidup sendirian..kerja dan keadaan sekeliling....

Friday, October 8, 2010

moment yg di nantikan selama 6 tahun!!

ini adalah moment yg ditunggu2 selama 6 tahun ni...

tiada perkataan lebih indah selain ALHAMDULILLAH!!

even muka sgt laa kelakar n takut2...tapi realiti tetap realiti...

penat lelah jerih payah yg berbaloi...

terima kasih buat semua yang tak jemu mendoakan dan memberi dorongan pada alia sepanjang 6 tahun ini...

Sunday, October 3, 2010

aNnoucEmeNT!!

hohohoho...lamanya tak menulis di sini...sampaikan takda cerita raya langsung...heheee..

bukan tiada cerita..tapi......

TIADA MASA...sumpah.....

penat tiap hari yang tak penah reda...cerita macam2..tp serius penat bangat..
even dah tak keje skrg ni..but...penatnye tok sah cakap...ade je yg nk kne dibuat setiap hari..

eh..bukan nak citer nape xde bende nak tepek di sini... tapi just nak annouce...(poyo nye)

I'M OFFICIALLY GRADUATED FROM 
INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY MALAYSIA 
WITH 
BACHELOR IN HUMAN SCIENCES ( PSYCHOLOGY) 
with minor in ISLAMIC REVEALED KNOWLEDGE

sgt2 SEBAK..tu je bole cakap..........

p/s: pics takde lagi nak buh kt sini..cuz official photographer amek masa tuk compilekan everything.....

Friday, August 27, 2010

Nuzul Qur'an holiday...

taip padam taip padam...dah tulis semua yang terbuku..tup...padam balik...adoi...kenapakah tiada mood sekarang ni...mungkin perubahan hormon n sakit yang tak pergi2 ni buat macam2 bermain dikepala ni...

ape pun...Salam Nuzul Qur'a buat semua umat Islam...moga sape2 yang bercuti ini memanfaatkan cuti dgn perkara yang baik...tanak dahlaa esok pagi2 baca papaer..kes2 yang x best jugak terpampang kat dada akhbar..kes khalwat laa..kes tak puasa laa...kes buang bayi la..oh GOD..dah muak dah dgr cerita ni..rata2 yang dilakukan oleh kaum kita sendiri...MELAYU...n orang seagama dgn kita...hurmmm..taktau nak ckp ape dah..cuma doa mohon umat kita dapat kembali ke pangkal jalan..berpegang pada Qur'an dan sunnah Rasulullah...tepuk dada tanya iman....

cuti ni alia macam tak cuti..mane tak nya..alia kat opis..duk buat keje "bibik" kepada sorang staff "negara seberang"...malas nak citer panjang..hurm...oh ye...isnin ni merupakan last day alia keje kat uia ni..pasni ape lagi..tanam anggur laaa....eh tak ye...alia masih ade keje...slain ngaja budak2 seminggu dua kali..n private tutor utk family Pn. Aida...alia start minggu depan kena siapkan tempahan kuih raya yang alia buat dis last few years..nak kata banyak tu xdela cam tempahan kilang..tapi banyak jugak laa..kalau dah sorang tempah 200-300 biji kan...alhamdulillah..ruang order dah bukak dari 1st week puasa..now kira banyak jugak laa..kne siapkan before 9 sept...n byk yg nak amek 3 sept...hehee..

nak tau alia buat ape??

alia buat CHOC CRUNCHY COOKIES..yang sgt disukai oleh kanak2..eh orang tua yg suka coklat pun suka jugak tau..hehe..apepun thanks to all client yang tempah ye..saya janji quality n ketepatan masa saya akan cuba buat sebaik mungkin..rasenye xde masalah..sebabnya..alia pasni mmg tak keje dah..sementara mana2 company panggil...hehe..

mungkin sebab harga yang berpatutan n rasa yang mcam famous amos..buat ramai kenalan yang order..n lagi satu dorg suka sebab alia buat based on order..bukan amek ready stock..so quality n kesedapan amat terjamin...yelaa...alia akan buat dua hari sebelum tempahan di ambil or di hantar..takkan ade stock yang melebihi 3 hari..sebabnya...alia x suka makan benda tak sedap..so alia tak suka bagi orang makan benda tak sedap jugak..lalalala..

pics cookies ni nnt alia bubuh lain kali laa ye..di ofis xde pic2 cookies..anyway..alia nak sambung keje balik...banyak dah merapu....salam jumaat, salam ramadhan n salam nuzul qur'an buat semua muslimin dan muslimat....

p/s: sgt susah hati..mana dia menghilang...n sgt tak suka dgn kawan plastik saya....

Sunday, August 22, 2010

Sahur tahun ini...

tak tau kenapa setiap kali ada kt KL, tangan begitu payah menaip...padahal hari2 buka lappy ngadap keje..n bersosial(sosial kah) di internet..hurmm..masa kat Ipoh aritu rasa semua benda nak taip..balik sini...mati mood terus...

apakah kesibukan di sini buat alia takda mood nak menaip..or adakah tiada cerita utk ditulis di sini...hurm...ape ye terjadi selepas balik dari ipoh? takde ape yang menarik..pergi balik keje cam biasa...pegi mengajar cam biasa..p byr bil2 rumah..p bazar ramadhan utk berbuka..n masak bile rasa nak makan sayur2 fresh...huh..bosan kan?

ohye minggu ni jugak kesibukan merayap ke bilik2 lecturer yang telah lama kutinggalkan...haha..lama kah?kire lama jugak laa lepas abes subject2 psychology..mana laa p jumpa lecturer2 psyc..honestly..alia sebenarnya bukan takat melawat..but jugak mencari lecturer sbb kne ada recommendation letter for support me doing master..haih..dalam resume alia bubuh my former HOD, as my reference..but mencari2 beliau tidak ketemuan..pening dah pk masa yang singkat..so alia minta jasa baik 2 org lecturer yang alia rasa terbaik laa alia perform dlm class...haha..perform ni ade dua maksud...satu slalu duk depan n asking question n buat sume assignment dgn komited nye...n the other one..perform becoz terkenal dgn slalu tuang class or datang lewat sbb bangun lambat..hurm..maaf ye saya ni mmg liat utk bangun sbb malam mmg tak tdo...so akhirnya alia choose lecturer senior from pakistan..Assoc. Prof. Dr. Syed Sohail Imam..(kene tulis nama penuh baik2..nnt kantoi lagi cam time blaja dlu..hehee) n satu lagi Assoc Prof. Dr. Lihanna Borhan...da 1st lecturer alia senang je nak jumpe...sbb die slalu ade kt bilik n tak banyak hal...die rajin mengisi borang referee yg ukm tu..n buat recommendation letter utk uia..siap alia disuruhnya ajar die how to use facebook...haih..sian sir sorg ni..dahlaa sorg2 kt malaysia ni..nak reply msg kt fb pn xtau..nak edit detail pn...so ajarlaa mana2 yg tau...BUT

da 2nd lecturer ni..mak aih..payah benar nak jumpe..alia terpaksa menapak ke dua kulliyyah lain buiding utk cari beliau..she is a very talented person n cute also..beliau skrg dah jadi deputy director kt Center Professional Development(CPD)..mencari beliau selama da hari mmg berbaloi..both lecturer sgt2 membantu in deciding whats da best for master..lega dah siap bab tu...CUMA

tang mengisi borang dgn segala particular2 tu yg payah...haih...letih benar...malas tol tangan nih...dahlaa sema due date minggu depan..haih

n tak lupa juga buat my dearest Principal cum Bos alia iaitu Dr. Muhamad Fuzi Omar yg sangat baik menulis recommendation yang sgt2 membantu alia..walau busy sgt2 dgn class, research, keje opis,program campus..but he always update me about my application..jasa2 mereka ini sgt2 dihargai n tak terbalas oleh alia..apepun terima kasih sebanyak2 nya buat kalian atas nasihat dan dorongan yg diberikan...doakan saya berjaya seperti Dr. sekalian walau dugaan datang tak henti...ameeen

erk..actually nak citer ttg sahur camne leh melalut ttg lain nih..huhu...

tahun ni rasanya sahur alia sahur yg paling sayu n tak berape nak best..bayangkan da 11 hari kita puasa..tapi hanya alia mampu bangun beberapa kali utk makan..yg selebihnya hanya bangun utk amek ubat or tak bangun langsung...serius..tiap kali bangun sure dah subuh tak pun dah kul 7...n subuh saya subuh gajah laa ape lagi..haih..dahlaa bulan ramadhan..kenapalaa alia ni makin susah nak bangun...

n sahur tahun ni jugak..dah beberapa kali alia bangun tapi rasa sedih..kerap sgt terpikir dia...pk mak dia..sampai smlm masa masak berbuka tgh cuci sayur..smpai terkeluar perkataan.."macam mana laa mak dia berbuka ya..sapa yang kejut adik2 dia bangun sahur..n sapelah kerah adik2 bangun mandi..." hurm...sampai my housemate, pooh ckp jgn laa pk lagi..kesian dia..haih..camna nak ckp ye..bukan saya nak pk...tapi tetiba je terlintas tak pun nampak kelibat dia lalu..saya tak rindu awak..saya cuba tak ingat awak..saya tanak pk awak...tp makin saya tak nak rindu..makin saya tanak pk..makin kerap hati terdetik tentang awak..tentang family awak...

tadi alia bangun sahur sorang...masak hotdog n makan pe yang ade..tulaa kali pertama sahur sempurna sorg2 diri...(pooh tak bangun..sbb dia cuti2 malaysia) kalau tak bangun buka mata pun payah..haih..sahur makan dgn semangatnya pun masa kt ipoh last week..makan ngn kazen n family2 yg kt ipoh...hurm..td masa makan terbayang muka2 dorg..huhu....

p/s:harap ini adalah puasa terakhir kena sahur sorang2...next ramadhan(jika diberi kesempatan hidup) tanak dah sahur sorang2...:)

Sunday, August 15, 2010

MeMory Lane theRapy?

hari ini buka puasa meriah sekali...even not one of my family ade di sini..tp saya tetap bersyukur n hePi sbbnye... org2 yg sayang ada bersama2..tak sangka rupanya ramai gak yang balik..hehe...ohye smlm yang balik sama..pak su, mak su, alia n along...

smlm tdo di umah mak teh...dekat je ngn teratak nenda alia...smlm sahur cukup meriah...semua orang tamabh dua kali but me not..n tadi iftar pun lagi meriah...hehe..mana x nya...family my uncle,ayah min pun balik...all of his children balik gak hehee...sronok2... buka tadi semua makanan buat sendiri..ayam percik klate, kerabu mende ntah...tomyam, gulai ikan merah...n kuih gula melaka yang dibuat oleh alia n makcik2 yang kamceng..

erk...nape name entri ni memory lane therapy ek??

ntahlaa...mgkn sbb td byk flashback kot..hehe..owh ye lepas  buka tadi..alia x ke terawih.sbbnye jaga kanak2 rebina n tgh pening isi borang2 master,...letih beb menulis borang...then bile nenek sume da balik dari terawih...paksu ajak p gerbang malam..pe mende ntah..alia pn xpenah dgr..then alia siap2 sarung jeans n tudung...of coz wif t-shirt laa...rupenye paksu nak p melepak ngn kwn..so alia ngn maksu jadi ladies  nite laa merayap...hehehe kami p gerbang malam..usha2 bende...n punye byk bende suar tdo yg sejuk yg legging tu kami beli...maksu kne beli besar2 sbb die pregnant..hehe...xsuka tp terpaksa laa..n wat cmne...

n pastu laa baru laa therapy alia bermula...erkkk therapy ke??? erm..kami pusing2 bandar ipoh ni...hurm...lalu mcam2 tmpt...tp bangunan kt ipoh ni sama je bentuk nye...smpailaa kt satu jalan ni...ade sign board "Fair View" hurm...rasenye mesti korang tak tau kan...erm..kt sini laa..arwah selalu tunggu alia pulang dari sekolah masa form 6 dulu...kat sini laa arwah ngn alia balik umah naik bas...dia tak skola sama alia...dia naik bas datang utk jemput alia pulang...masa tu takde lesen keta moto lagi..so bas laa jadi transpot kami...dia tak bagi alia balik ngan kawan2 alia sbb dia risau jeles..dia tak bagi saya jalan ngn lelaki..haih...tu yang sanggup tunggu alia..adeh...itu dulu...cerita 7 tahun lepas...dan di tempat yang sama juga...dia menghembuskan nafas terakhirnya pada tahun lepas..betul2 dekat tempat dia tunggu alia dulu...hurm...dah tak tau nak taip ape...lost..cumaa...

maksu cakap..."dia dah pergi..redha kan jelaa...dia tentu sedih kalau kamu masih sedih..." masa lalu tempat tu tadi..saya tak pandang tempat tu...terbayang2 macam mana dia di himpap bangunan itu...

lepas tu kami jalan2 smbil cerita2 ttg citer lama...citer ttg maksu,,ttg sekolah...ttg cinta maksu,,,ipoh???alia tak punya cerita melainkan tentang dia...dia yang mengajar alia erti perhubungan...mengajar ttg erti kesusahan dan perkongsian..dia mengajar alia tentang dirinya..keluarganya..dan cita2nya...

tetapi itu semua cerita lama...tapi masih terngiang2 terbayang2 macam seperti semalam baru berlaku...

p/s: bukan tak belajar utk melupakan..tapi makin dicuba lupa makin kuat ingatan ini...

Wednesday, August 11, 2010

Kasih Sayang..

Pada suatu hari di sekolah, seorang murid bertanya pada gurunya. Ketika guru itu tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang.

Pelajar:Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yg terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Mcam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu: Ok. Kamu ikut apa yang saya suruh. Kamu pergi ke padang. Kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu. Pilih yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang walau skali. Dah petik rumput yg paling cantik, bawa ke kelas”

Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun ditangannya. Cikgu bertanya, kenapa tiada rumput yg dipilih?

Pelajar: Tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang paling cantik. Mmg ada banyak yang cantik tp cikgu kata petik yg paling cantik, maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yg paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang dibelakang saya tadi rumput yang paling cantik, tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu:Ya itulah jawapannya. Maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari yang lebih baik dari itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Semoga yang berlalu tidak berulang lagi. Dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik. Walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.

p/s: keep remind my self for not taking everything for granted again. Learnt from the past n move on.

Tuesday, August 10, 2010

Hitam Putih Masa Depan

Lihatlah sekitar alam
Dunia luas terbentang
Langit tinggi kebiruan
Pohon-pohon kehijauan
Hembusan bayu yang menyegarkan

Dengarkan di sana-sini
Beburung riang menyanyi
Berbunga aneka warna
Sumber kedamaian jiwa
Mensyukuri nikmat Maha Esa

Begitu berharga kehidupan ini
Bagi mereka yang tahu menghargai
Mengapa terdorong oleh perasaan
Kalau turutkan hati diri menjadi korban

Tiada yang dapat lari dari masalah diri
Hadapi lah dengan tenang
Tiap cabaran yang datang
Atasinya dengan keimanan

Sekadar buat renungan
Untukmu teman tersayang
Hitam putih masa depan
Sendirian menentukan
Hidup ini usah persiakan

p/s:utk diri sendiri dan juga kawan2 yg masih mencari langkah kehidupan...

Tuesday, August 3, 2010

Clearence.....

di atas adalah bukti yang saya..SNF tidak lg ada hutang ape2 ngan UIA...yahooo..alhamdulillah...settle semuanya...skrg focus pd nak apply bende2 alah...mengisi2 borang2 yang memoningkan kepala...

big decision...in delimma...hurm...seriously xda mood...

huhuu..tp ape pun....saya sudah CLEARENCE!!!no more fees to be paid...no more key returned.n plg penting..pakcik2 kacak dan tamak duit (TRAFFIC) tidak lagi bole menyaman or meng compund saya sesuka ati...yahoo......

p/s: thanks to my uncle who help me a lot...